Saturday 1 March 2014

MIKO + SIPMA x)

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, setelah tiga minggu menghabiskan cuti sem dengan aktiviti yang hampir berfaedah, pada 22 Nov ini kami akan mula menghadirkan diri di KMTJ terindah itu untuk menghadapi peperiksaan MUET yang akan berlangsung pada keesokan harinya dan pada hari Isnin kuliah kami untuk Sem 2 akan bermula. Terasa cepat masa berlalu. Harapnya cepat jugaklah Sem 2 ni habis, amin :)

Oh ya, sebelum admin menjamu mata anda seperti biasa, admin minta anda mendoakan kami semua, iaitu pelajar KMTJ yang baru sahaja melepasi peperiksaan PSPM 1 pada 1 Nov yang lalu. Keputusan akan diuar-uarkan pada 1 Dis. Doakan kami mendapat pointer terbaik. Amin :)


Dan untuk kawan-kawan, bersedialah untuk Sem 2 ni. Pesanan untuk diri sendiri juga kalian, sudah sudah! Jangan nak malas-malas lagi! Bangkitlah! Mungkin kita hampir gagal ataupun telah gagal melakukan yang terbaik untuk Sem 1 ini, tapi ingat, peluang sentiasa ada. Cuma kita kena bijak mencari. Jomlah kita sama-sama genggam 4FLAT dalam tangan. Khas untuk ibu bapa kita yang dah banyak bertungkus-lumus untuk kita, cikgu-cikgu serta pensyarah yang terlalu berharap dan juga untuk tunjukkan pada dunia bahawa sebenarnya KITA JUGA BOLEH. Okay?

Ini gambar waktu MIKO, Minggu Kokurikulum KMTJ.










Ini pula waktu SIPMA.











Banyak bukan? Sebenarnya gambarnya ada banyak lagi tapi macam bored je kalau masukkan semua. Baik masuk kat fb je.

Assalamualaikum :)




No comments:

Post a Comment